Thursday, July 23, 2015

Terima Kasih JARING - Jasa Mu Di Kenang



Saya salah seorang pengguna Internet yang terawal di Malaysia. Ketika MIMOS memperkenalkan RangKom pada 1987, saya baru setahun pulang dari Eseex University dalam pengajian Masters in Telematics.

Masa dahulu, cara yang paling mudah untuk mendapatkan alamat emel pengguna atau hendak berhubung dengan penyelidik yang lain ialah dengan menghantar emel ke admin@. Kalau nasib kita baik, dapatlah kita berhubung dengan penulis kertas kerja/jurnal tersebut.

Bukan seperti sekarang dimana maklumat hanya dihujung jari, dahulu saya terpaksa kerap ke perpustakaan untuk membaca dan membuat fotokopi kesemua kertas kerja yang penting. Terpaksa lah berulang alik mencari rujukan demi rujukan yang berselerakan di sana sini. 

Emel tidak la secanggih zaman ini. Tiada cara lain untuk ber”skype” dengan mereka. Tiada smartphone yang boleh menjawab emel secepat mungkin. Tiada Whatsapp yang boleh berbincang dalam group. Tiada lagi kewujudan komputer kecil yang boleh dibawa kemana2 untuk mencari maklumat, membuka dan membaca PDF fail serta kemudahan Internet yang lain.

Apabila RangKom di komersilkan menjadi JARING pada 1992, maka kami menggunakan telefon analog untuk mendail nombor 1511 untuk penyambungan ke Internet dengan kelajuan (bergantung kepada jenis modem) 300 bit/saat atau 1.2 kb/saat atau 2.4 kb/saat. Bayangkan zaman sekarang Internet sudah mencapai kelajuan 20 Mb/s. Mungkin sesiapa yang pernah dail Internet dengan telefon analog akan merasa “rindu” dengan bunyi nya “triit…triuut…troot…”...

Tapi begitulah pengalaman saya menggunakan Internet hampir 28 tahun dahulu. Zaman sudah berubah tapi jangan lah kita lupa dengan mereka yang telah membawa teknologi Internet ke Malaysia. Malangnya, apa yang saya dengar ialah JARING akan menamatkan perkhidmatannya pada 22 Ogos ini. 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelopor2 JARING terutama Dr. Mohamed Awang Lah (lebih dikenali dengan Dr. MAL) serta kakitangan JARING yang lain.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...