Monday, July 13, 2015

Kenderaan Ku


Saya mempunyai motosikal. Saya teringat semasa bertungkus lumus mengharungi zaman pelajar di Univerisiti, saya hanya mampu membeli motosikal Yamaha 80cc dan kemudian nya Yamaha 100cc (lihat foto dibawah..) 

Ia masih berada dirumah sampai ke hari ini) bila dah bekerja. Motor kapcai kata mereka tapi tidak lah saya menjadi Mat Motor atau Mat Rempit. Panduan yg perlahan dan berhati2 pun asyik kemalangan. Bak pepatah kata kita salah pun jatuh .. Orang lain salah pun kita jatuh. Kecederaan itu masih tampak dibadan meninggalkan kesan yg tidak akan hilang.

Masih teringat semasa anak kecil saya yg pertama suka sangat duduk dalam bakul sehinggakan terlelap di tiup angin. Saya akan membawa motor ini kemana sahaja walaupun didalam hujan. Saya akan sampai ke pejabat dengan kasut yg basah pabila hujan. 


Tidak dapat dilupakan apabila membawa motor jauh di highway dan sebuah bas mini memberi hon seolah2 memarahi saya (ketika itu membawa sepupu beraya). Lalu saya pun memarahi mereka semua tetapi lepas itu kami tergelak sebab laluan highway motor sebenarnya ada laluan tersendiri. Kami yg salah salah jalan!

Alhamdulilah duit yg selama ini berjmat cermat mampu membeli Proton Saga Iswara (sekarang pun masih gah lagi dipandu bapa mertua yg selalu membawa ke masjid).... Ok sambung lagi..

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...