Friday, July 17, 2015

Buat TEMAN Yang Di Ingati


Saya pun nak beraya seperti orang lain juga. Orang kata Raya bukan untuk kanak2 sahaja, tetapi untuk orang dewasa dan "berumur" juga.

Tetapi perasaan sambutan Raya akan senantiasa berubah mengikut tahun demi tahun dek perubahan umur dan peredaran zaman. Pada umur sebegini, perasaan ini bercampur antara duka dan gembira sebab sedih meninggalkan Ramadan yang penuh barkah disamping menyambut Raya Aidilfitri dengan penuh kepuasan dalam beribadah selama sebulan. Semoga Allah menerima ibadah kita.

Raya tahun ini adalah yang paling mencabar untuk negara dan rakyat semua. Apatah lagi bila negara di landa berbagai musibah. Kapalterbang hilang dan ditembak. Banjir yang bagai tsunami memusnahkan harta benda. Helikopter yang terhempas. Poltik yang penuh kemelut. Harga barang yang melambung tinggi. Ringgit Malaysia yang jatuh merudum. Pekerja2 yang dibuang apabila syarikat2 ditutup. Dan banyak lagi...

Saya masih ingat semasa kecil, kita bersyukur apabila mendapat duit Raya hanya 20sen. Selepas itu naik 50 sen dan kemudian RM 1. Tapi sekarang duit RM 1 sudah terasa begitu kecil nilai nya.

Kalau dahulu, kita beraya dengan melawat kerumah sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira waktu. tetapi sekarang mereka hanya menunggu waktu "Open House". Kalau tanpa "Open House", mereka tak mahu datang. Konsep "Open House" ini sebenarnya bermula dengan pemimpin tertinggi seperti PM dan TPM sebab mereka tidak ada masa melayan tetamu pada setiap hari. Tetapi konsep ini telah mula diserapkan kepada Kementerian atau Syarikat. Lepas itu dibuat oleh Bahagian2 dan Jabatan dan akhirnya setiap rumah terasa macam "wajib" menjadi tuan rumaht "Open House". Jika tidak, tiada siapa yang akan datang.

Saya masih ingat pada hari Raya pertama kita boleh baring diatas Jalan Tuanku Abdul Rahman sebab Kuala Lumpur lengang tanpa kereta. Tapi jangan harap pada zaman sekarang. Mahu mati di langgar kenderaan. Kuala Lumpur tidak lagi lengang sebab di Hari Raya ini bandaraya akan penuh dengan pekerja2 dan pendatang asing yang meluangkan masa berjumpa sesama sendiri di waktu cuti tersebut. Generasi bersalih ganti. Ramai juga sudah menjadi penduduk tetap Kuala Lumpur. Mereka juga tidak lagi balik ke kampung tetapi anak2 lah datang pulang ke bandar.

Dahulu kita suka buat kuih sendiri sebab saudara mara dan sahabat handai yang datang suka menjamu kuih buatan sendiri. Tapi sekarang semua nya instant. Ada duit semua kuih boleh di beli. Tetapi yang pelik nya kuih2 sebegini seolah2 menjadi hiasan tanpa siapa yang menjamah.

Sebenarnya banyak perkara dah berubah. Jika hendak nukilkan kesemuanya disini, mungkin hinga tahun depan tidak habis menulis. Insyallah kita jumpa lagi di lain Episod... Kepada sahabat yang nak balik ke kampung berhati2lah memandu di jalan raya. Ingatlah yang tersayang. Habiskan Ramadan ini sebaik mungkin. Mana lah tahu, mungkin kita tak bertemu Ramadan yang akan datang. 

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin daripada saya sekeluarga dan REDtone IOT.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...