Saturday, July 18, 2015

Antara 4 Jenis Haiwan Dan Karier Hidup



Saya cintakan binatang. Terutama kucing. Tapi cerita ini bukan mengenai kucing saya yang bernama Salt tetapi ia mengenai kehidupan 4 jenis haiwan yang berbeza dan kaitan nya dengan karier hidup kita.
Setiap orang akan mengalami pelbagai cabaran dalam hidup. Ini mengingatkan saya sewaktu saya bertugas sebagai pensyarah pada tahun 1995. Ketika itu Fakulti kami akan dipindahkan ke Skudai Johor. Maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dan dan memasuki swasta (Celcom). Bukan mudah untuk mengambil keputusan berhenti dari kerajaan yang menjanjikan pencen dan kerja yang stabil. Lagipun ramai yang cuba menakut2kan bahawa kerja di swasta amat mencabar dan ia tidak menjanjikan kerja yang tetap.

Memang betul, rupa2nya ramai pensyarah yang dah biasa dengan kerja di universiti tidak dapat bertahan lama di swasta. Ada benerapa kenalan saya yang pulang semula kemenara gading dan kerja sebagai pensyarah. Mungkin tidak serasi. Walaubagaimana pun saya masih bertahan sehingga kehari ini.

Tugas yang dipikul memang amat mencabar. Sebenarnya lebih senang menjaga peralatan makmal atau pelajar2 universiti2 daripada menjaga kakitangan sendiri. Tapi ini semua mematangkan diri saya. Tetapi ksah ini akan diceritakan diwaktu yang lain.



Apa yang hendak saya sampaikan sebenarnya adalah nasihat yang selalu saya berikan kepada anak2 buah saya. Ia pertama kali disampaikan pada tahun 1996. Ia berkisar kepada kehidupan 4 jenis haiwan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...