Monday, July 13, 2015

Kebijaksanaan


 Ini sambungan cerita saya. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yg bijak (born genius). Saya juga tidak sangka akan belajar sehingga ke peringkat PhD. 

Tidak terlintas difikiran saya akan berjawatan seperti sekarang ini. Saya hanya tahu berusaha dan belajar seperti orang lain juga. Dalam peringkat LCE (sekarang panggil PMR), keputusan saya tidak lah cemerlang. Begitu juga dalam MCE (sekarang dipanggil SPM), aggegate hanyalah 24

Saya kecewa keran tidak dapat keputusan cemerlang sebab ramai kawan2 saya dapat keluar negara dengan aggregate 21. Tetapi saya masih bertekad dan berusaha untuk masuk ke Universiti. Pada mulanya saya hendak masuk dalam bidang Akauntan oleh pengaruh sepupu saya tetapi akhirnya memilih bidang Kejuruteraan Elektrik.

Pada tahun pertama di Universiti Teknologi Malaysia, saya terpaksa bertungkus lumus utk belajar dalam bidang yang sarat dengan matematik. Pernah saya gagal dalam matapelajaran Thermodynamics pada tahun pertama. Ini adalah akibat belajar sehingga ke pagi dan tidak cukup tidur. Bila waktu peperiksaan, otak saya naik "blank" dan tidak dapat menjawab nya - maka gagal dan terpaksa mengulang matapelajaran ini dipenggal hadapan (kami guna sistem penggal dan bukan semester). 


Alhamdulilah saya berjaya mendapat Sarjana Muda Kelas Pertama bersama 4 pelajar yang lain. Dua tahun kemudian saya belajar di Essex University dalam bidang Telematik. Pelik nya Universiti ini hanya menawarkan bidang ini dalam tempoh 9 bulan bukan seperti Kursus Sarjana yang lain (1 tahun atau 1 tahun setengah). Jika kawan2 lain sempat berjalan ke seluruh Eropah masa cuti, tapi saya tidak sempat dengan itu semua sebab terus balik ke Malaysia selepas habis tempoh 9 bulan yang singkat itu.
Untuk mengetahui cerita bagaimana saya memilih bidang PhD pula, tunggu episod selanjut nya... ok sambung lagi... 

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...