Tuesday, July 14, 2015

Bermula Dengan Impian


Saya ada impian. Impian saya ialah hendak menjadi seorang Saintis. Itu lah jawapan nya setiap kali ditanya dizaman kanak-kanak. 

Pada ketika itu saya masih tidak memahami apa kerja Saintis yang sebenar. Yang saya tahu Saintis boleh buat robot. Saya amat berminat dengan cerita2 fiksyen. Di waktu kanak2 mana lah saya tahu cerita itu semua adalah dongengan belaka. Tapi impian ini lah yang memberi kesan yang besar kepada karier kerja saya pada masa depan.

Seperti yang telah diceritakan pada Episod 4, selepas mengambil Kursus Kejuruteraan Elektrik, minat saya dalam teknologi semakin mendalam. Saya semakin minat dengan cerita sains fiksyen dalam TV dan filem. Apa yang saya lihat 20 tahun dahulu sudah menjadi kenyataan. Ia bukan perkara mustahil. Teknologi semakin maju.


Walaupun saya tidak dapat merekabentuk sebuah robot atau menjadi Saintis, tapi karier saya berkait rapat dengan teknologi Internet, Elektronik dan Telekomunikasi. Semasa bekerja sebagai pensyarah di UTM, saya dilantik menjadi Ketua Penyelidikan Telematik (Data Communications). Di Celcom pula saya menjadi Naib Presiden Bahagian R&D. Di MIMOS, saya adalah Pengarah Kanan Kluster Penyelidikan Teknologi Wireless. 


Saya tidak tergila2 dengan kereta seperti orang lain tapi hobi saya ialah membeli gajet yang terbaru. Banyak masa terluang dihabiskan dengan mengkaji dan mengikuti trend teknologi masa kini. Pantang keluar gajet terbaru dari Apple,maka saya akan menjadi antara pembeli terawal. Tapi saya rasa ini akan saya ceritakan lebih lanjut di Episod yang lain. 


Sekarang nak bersiap untuk berbuka. Sambung lagi di lain waktu....


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...