Monday, July 27, 2015

Mula Nya Di Sini



Tidak terlintas difikiran bahawa suatu hari nanti saya akan dijemput sebagai pembentang kertas kerja di seminar-seminar atau persidangan samada diperingkat dalam negeri atau antarabangsa. Saya bukan lah seseorang yang berani bercakap dikhalayak ramai. Sikap saya lebih suka memencilkan diri.


Tetapi mungkin pekerjaan pertama sebagai Pensyarah telah banyak diri ini. Mana mungkin seorang Pensyarah kena berdiam diri. Tetapi syarahan yang diberikan kepada para pelajar amat jauh berbeza bila berdepan di khalayak ramai yang terdiri dengan para profesional dan cendekiawan.


Dua peristiwa yang berlaku pada tahun 1987 telah banyak mengajar diri ini. Selepas kembali dari Masters pada tahun 1986, saya amat teruja dengan teknologi ISDN. Istilah ini selalu diberi guarauan sebagai "I Still Don't kNow" tetapi makna sebenar ialah Integrated Services Digital Network. Teknologi yang mula diperkenalkan untuk menggantikan analog ke digital terutama nya dalam penggunaan Internet. Kelajuan nya mencapai 64 kb/s pada era tersebut. Topik ISDN amat hangat di perbincangkan di waktu itu. Topik ini lah yang memperkenalkan saya ke pentas Seminar di khalayak ramai.


Pada tanggal 17 Ogos 1987, saya telah membentangkan kertas kerja yang pertama di MNCC'87, Kuala Lumpur bertajuk "ISDN - The Needs for a Transition in Malaysian Telecommunications Network".  Dan pada 12 Oktober 1987, saya membentangkan kertas kerja kedua bertajuk "ISDN - Prospects and Challenges for Malaysia" di National Conference on Networking and Data Communications in National Development, PWTC, Kuala Lumpur.


Hati mana yang tidak merasa gentar. Penghawa dingin pun tidak terasa sejuk kerana dahi berpeluh apabila melihat hampir seribu orang memenuhi dewan PWTC. Semua mata dan telinga tertumpu hendak melihat dan mendengar dari seorang Pensyarah UTM yang hendak membincangkan satu topik yang hangat diperkatakan oleh industri telekomunikasi. Waktu terasa begitu perlahan. Selepas memulakan ucapan, terasa macam dunia ini gelap. Saya tidak lagi sedar lagi berapa orang yang sedang mendengar. Fikiran hanya berpusing2 pada topik yang hendak dibentangkan.


Walaupun beberapa orang memberi maklum balas yang baik, tetapi saya sendiri merasakan ini adalah pembentangan yang paling gugup dalam seumur hidup saya. Kini setelah berpuluh tahun dan berpuluh pembentangan kertas kerja alami, perasaan gugup itu masih ada sehingga sekarang. Tetapi cara bagaimana saya mengatasi nya akan di ceritakan di lain waktu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...