Sunday, July 12, 2015

Ini Kisah Saya


Ini kisah saya. Saya pemegang Sarjana Muda Elektrik, Sarjana Telematik dan PhD dalam bidang telekomunikasi. Izinkan saya menceritakan perit manis kehidupan semenjak saya keluar sebagai graduan sarjana muda. 

Saya mendapatkan pekerjaan disebuah Universiti sebagai Penolong Pensyarah A dengan gaji RM 1120. Tidak lah sebanyak gaji dizaman sekarang ini. Saya hanya menumpang di rumah mertua dan menaiki motosikal ketempat kerja sehinggalah saya mendapat anak ketiga. 

Kereta pertama hanya lah sebuah Ford Telstar second hand. Saya hanya sempat membeli sebuah rumah sendiri selepas berumur 40 tahun. Selepas 10 tahun bekerja dimenara gading, saya bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi. Bekerjalah saya disana selama 13 tahun. 

Kemudian 8 tahun di agensi kerajaan sebelum saya pulang balik ke industri telekomunikasi. Saya masih ingat gaji untuk mencapai RM 2700 mengambil selama 5 tahun dan RM 3600 selepas 7 tahun..... Jap.. sambung lagi...hehe.. Cerita belum habis..

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...