Gaji saya tidaklah besar. Cuba bayangkan gaji RM 3600 adalah utk Prof Madya. Ia seperti gaji graduan sekarang selepas 2-3 tahun bekerja. Utk mencapai Prof Madya saya terpaksa bertungkus lumus menulis kertas kerja, mengajar, membuat penyelidikan dan menyumbang kerja amal. Itu pun hampir 10 tahun bekerja baru nak dapat.
Selepas 10 tahun baru saya mendapat gaji RM 6800 disebuah syarikat telekomunikasi terkemuka. Kalau duduk kat menara gading dah tentu saya tidak dpt gaji yg saya anggap tinggi masa itu.
Saya lebih suka menyimpan duit dari berbelanja seperti anak2 muda yg bercuti diluar negara. Kami hanya berkesempatan bercuti di Malaysia. Saya tidak suka membeli barang dengan hutang. Duit yg disimpan digunakan utk barang2 dengan bayaran tunai.
Alhamdulilah sehingga sekarang semua harta dibeli dengan duit yg disimpan selama berpuluh2 tahun. Saya tidak pandai melabur dalam pasaran saham. Saya tidak pandai berniaga. Saya hanya pandai simpan.
Tapi begitulah kehidupan kami sekeluaraga. Kami tidak bercuti di luar negara, kami tak kerap makan diluar, kami tak bertukar perabut setiap kali raya, kami tak bertukar kereta. Ini semua kami pendam selama 20 tahun.... Ok sambung kemudian lagi... Hehe.
No comments:
Post a Comment