Friday, April 1, 2011

Polis yg selalu membuat Jem di MRR2

  • Jalan yang berhampiran Flamingo Hotel selalu mengalami kesesakan lalulintas di MRR2 antara waktu 5.30ptg hingga 7.00 malam
  • Ini di sebabkan polis membenarkan kereta dari laluan keluar DUKE dan laluan dari Ampang Jaya dengan cara menghalang satu laluan dari MRR2. Daripada 3 laluan menjadi 2 laluan sahaja. Kesesakan boleh sampai ke Tesco!
  • Masaalah nya polis2 ini tidak nampak kereta yang sedang beratur panjang sehingga ke Tesco.
  • Walaupun pembesaran di lakukan di Pandan Indah dan boleh mengurangkan jem di sana, tetapi laluan disimpang ini tetap akan sesak... mungkin lebih sesak dari dulu!

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

2 comments:

  1. Zul, pengguna MRR2 sri gombak - sg bulohApril 2, 2011 at 10:45 AM

    Kepada penulis,

    Itu adalah tugas mereka. Sekalau pengguna anda sudah pun tahu. Keluar sahaja dari pejabat masuk MRR2 anda sudah pasti polis akan menutup lorong kiri kerana membernarkan kenderaan dari DUKE masuk ke MRR2. Tetapi anda masih lagi menggunakan lorong tersebut. Disebabkan itulah kesesakan ini berlaku. Kerana anda menggunakan lorong kiri (yang sudah pasti dihalang oleh pihak polis) untuk memotong masuk ke lorong tengah.

    Perkara yang sama juga berlaku setiap pagi di MRR2 dari jambatan MRR2 kepong ke sg buloh. Dari atas jambatan pemandu sudah pun tahu halatuju masing2 dan saya pasti mereka telah menggunakan jalan itu untuk pergi keja sudah bertahun. Mereka sudah tahu turun dari jambatan terdapat pecahan 3 jalan (masuk ke LDP, Sri damansara dan Sg buloh). Jika mereka mahu ke LDP perlu menggunakan lorong kiri, sri damansara tengah dan sg buloh lorong paling kanan. Akan tetapi terdapat ramai pemandu tidak menggukan kaedah ini. Mereka menggunakan kaedah mana lorong yg bergerak lorong itu mereka akan guna. Jadi bila hendak ke LDP pada masa tersebut mereka berada dilorong paling kiri sudah pasti mereka akan membuat lintasan 2 lorong. Ini yang menyebabkan kesesakan berlaku.

    Jika setiap pemandu dapat berfikir dengan efektif saya pasti kesesakan dapat dikurangkan. Selepas ini jika anda menggunakan MRR2 pada waktu balik dari kerja. Sila menggunakan lorong tengah atau paling kanan (kerana lorong kiri sudah pasti ditutup). Pesan juga kepada rakan2 yang menggukan laluan yang sama.

    ReplyDelete
  2. Zul - terima kasih diatas komen anda.
    Apa yang pemandu2 pinta dari polis2 tersebut ialah keadilan dalam memberi laluan untuk kedua2 laluan (laluan dari Flamingo dan laluan dari MRR2). Masaalahnya mereka tidak nampak betapa panjang nya kesesakan MRR2 sehingga ke Tesco.

    Tapi masaalah kesesakan seperti ini memang tidak dpt di selesaikan dengan mudah sebab 7 laluan akhirnya bertemu menjadi 3 laluan sahaja.

    Mengikut "Queueing Theory", once utlization reached 90%, the waiting time can be quickly reached "infinity"... i.e. total standstill...! Thus the trick is to keep all queues moving and don't let it reach 90% utilization..

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...