Sunday, August 2, 2015

eBook - "Internet of Things Evangelist by Dr. Mazlan Abbas" - Percuma

Tidak terlintas di benak fikiran ini untuk menulis buku. Apatah lagi dalam berbentuk teknologi. Tetapi saya masih terngiang-ngiang dengan kata2 sahabat saya dari UTM yang menggalakkan saya supaya membukukan apa yang saya pos dalam Blog.

Ada lebih 5 Blog saya wujudkan yang mengandungi berbagai2 maklumat. Dari perihal gajet sehinggalah kepada bidang fotografi dan perjalanan hidup. Blog2 ini akan saya perkenalkan di pos yang lain.

Saya ingin mendapat maklum balas daripada para pembaca samada mereka berminat untuk memuat turun eBook saya yang bertajuk "Internet of Things Evangelist". Ia mengandungi maklumat teknologi IoT yang terkini, cabaran perkhidmatan, ekosistem serta banyak lagi . Ia ditulis dari perpekstif diri saya secara peribadi.

eBook ini masih berbentuk deraf dan Insyallah akan disiapkan apabila mendapat maklum balas yang secukup nya dari para pembaca. Nota - Banyak lagi Bab yang belum dilengkapkan.


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...